Tuesday, 16 July 2013

Jalan jalan ke London guna Hop On Hop Off via Viator.com

Guna Viator.com ni punyalah senang sebab sebagai independent traveller mcm kami takyah nak amik pakej mahal mahal. Boleh pilih ajer small packages yang bersesuaian dgn bajet. Nak beli pakej pon tak susah...semuanya online sahaja.

Baiklah...ini cerita kami di London yang ditempah melalui Viator.com


Hahhhhh....berkerut kerut muka Encik Shuami ku sebab kesejukan...terpaksa berlindung di dinding bus stop sbb anginnya sgt sejuk....bas pulak tak kunjung tiba...ada banyak company yang buat Hop On Hop Off Tour ni so kenalkah cam kan bas masing masing. Nanti tersalah loncat naik bas, terpaksa loncat terjun pulak balik...hehehe...tapi jangan risau, bila kita beli tiket online, wakil bas dah ready tunggu semasa kita keluar dari gate Eurostar. Macam VIP pulak rasanya sebab di greet and meet begitu. Hehehe...

Tu dia wakil yang memberi penerangan menyeluruh pada kami semua. Jangan risau sebab dia ada gadget yang dibawa bersama...alah gadget macam pemeriksa bill elektrik bawak tu. So, semua dia print kat situ jer. Tapi aduhai, kenapalah jacket dia mesti kaler MERAH jugak...huhuhu...

Wahhhh...mcm Little Red Riding Hood pulak yer...tapi taklah Little sgt pon...hahaha....breakfast apple jer...tapi memang cukup kenyang dah. Dalam beg ni pelbagai titbits ada. Rancangannya nak cuba makanan London ler harini...hahaha

"Sayang...sayang...jom kita duduk atas nak? Boleh kita tengok tengok lagi clear..."...hmmmmm tak sampai 10 minit kami pun turun sebab tak tahan sejuk sgt. Patutlah takde orang nak duduk atas. Hahaha...dari atas tu nampak lah Madam Tussaud yang mana orgnya beratur macam ular di palu...Aduhai...ramainya. Tapi dalam kepala takde niat nak ke Madam tussaud so, perjalanan diteruskan.

Haaaa! Tengok tu...punyalah ramai umat. Kami ambik gambar ni dari atas double decker. Lepas ni sambung cerita kat London lagi yer...baca tawwww : )

No comments:

Post a Comment