Masa beli tiket ke Rome, sengaja aja carik yg transit di Amsterdam, konon konon nak merasa landing sebentar di bumi Amsterdam. Rupa-rupanya, mengikut kata sahabat baikku Mazlina Husin, kita boleh ambik pakej untuk keluar dari airport dengan cara tunjukkan boarding pass kita. "Ko mesti keluar Zil,rugi kalau ko tak keluar tengok Amsterdam..." itulah nasihatnya.
Kami menaiki pesawat KLM sebab sengaja...hahaha...Husband size 4XL so kami pon ambik priority seat...harga seat tu ialah RM250 seorang x 2 orang = rm500 x pergi balik ialah RM1000 untuk harga upgrade seat yang luassssssssss...siap tergolek golek lagi sebab luas sgt...hahaha...so total tiket kami pergi balik adalah rm8800 untuk berdua iaitu meliputi :
KL - Amsterdam - Rome - Paris -Amsterdam - KL
Makan mmg macam hotellah...Husband tak suka dessert,maka Wifey lah yg menyental segalanya...hehehe...
Ahhhh...comelnya luggage ku...(perasannnnn!) hahaha...hanya yg berkonfident tinggi shj akan bawak beg gini kan...and guess what? That's Me...hikhik....
Mr Husband on the travellator as we landed at Schipol Airport...sgt luas...sgt bersih...masa tu suboh , so selesai hemat diri kami pon terus menuju ke kaunter yang akan bawak kami untuk tour Amsterdam. Harap-harap ianya buka...
Inilah syarikat tu. Kaunter kecik jer. Namanya Great Amsterdam Tour. sesiapa berminat boleh google yer. Pakej mengikut bajet. yang kami ambik ni ialah RM320 x 2 orang = RM640 . Berbaloilah kan. Takkan nak duduk jer dlm airport.Silap-silap lagi koyak poket sbb airport ni mmg bestttt sgt. Balik nanti nak shopping lagi. Sekarang jenjalan dululah ye.
Kami pelanggan pertama bila kaunter di buka. Niat hanya satu iaitu nak tengok windmill secara dekat. bila boarding pass dihulurkan maka pakej yg bersesuaian dengan time kami ialah round-round pekan dan juga nengok windmill. Tak sempat pegi river cruise...takpelah...asal dapat tengok windmill secara dekat...
Itulah kenderaan kami...kebetulan ada lagi 1 family pon register tour yg sama, bersama sama seorang Nyonya dari Penang...yesss!! Penang...ada jugak kawan dari Malaysia...dia dtg melawat anak dia...so dia travel solo jer...
Masa ni dah towards the end of autumn, so mmg sejuk. Husband dah berselubung dah tu. So, kemanakah destinasi kami? Tungguuuuuuuuuuuuu for my next post. Menarik taw : )
No comments:
Post a Comment