Thursday, 18 July 2013

Tips bawa baby naik flight :: Bali ::

Baby Muhammad memang dah biasa berjalan...rata dah kami bawak dia round Malaysia...so kali ni kami nak try bawa dia overseas pulak...kami tak bawa lebih awal sebab orang tua risau kalau telinga baby tersumbat dan sebagainya. Bila dah consult Dr, katanya masa nak take off tu bagi dia minum susu, bila dia menelan, baby tak tersumbat telinga...Oh ye...macam kita jugalah kan...bila nak take off kita makan gula gula...

Dr ada juga pesan jaga kesihatan dia, jangan bawa dia fly jika dia selsema...okaylah...Insyaallah kami jaga...

So genap umurnya 8 bulan kami bawa baby Muhammad ke Bali...

Banyak tips yang kami google tentang nak bawa infant bila travel. semuanya pon google jer. Antaranya ialah:

1. Bawa cukup susu formula dan kelengkapan botol,cuci botol,bekas air minum etc
2. Bawa ubat2an dan juga cool fever
3. Permainan kegemaran dia (kami bawak anak patung kesukaan dia, rupanya anak patung tu buat imigresen     resah sbb takut org masukkan dadah. Habis dibelek, ditelek dan di terbalikkannya...aduhaiii)
4. Termometer digital
5. Stroller jenis umbrella yg boleh sangkut kat bahu , beserta bantal kecil dan selimut. Muhammad takde           masalah sebab dia ada 4 stroller...pilih jer...hehehe
6. Jika stroller takde rain cover bawak jer baju hujan pakai buang (beli di Watson...ringan pon ye jugak)
7. Pakaian cukup,jaket, topi,pampers
8. Baby bag yg berisi :
    a) sepersalinan pakaian baby (2 pon takpe)
    b) makanan baby sekali...Muhammad hanya makan biskut baby dan memandangkan flight                                 sekejap jer ke Bali taklah remeh sgt dia ni
    c) beg plastik kosong...nak isi sampah pampers ke...baju kena muntah ke...apa apalah bila diperlukan...
    d) bekas susu baby yg ada compartment kecik2 tu...
    e) wet tissue jgn lupa eh
    f) flask besi (sbb yg vacuum jatuh dan pecah...hehehe...tapi tak lawa lah kan...) . Jgn isi air ye...nanti boleh        aje mintak kat FA tu...
    g) baju mami nya jgn lupa sbb kekadang baby muntah dsb nya...huhuhu
       Dan lain lain lagi yg berkenaan...



Ni beberapa keping gambar baby Muhammad di Bali sebagai testing trip...Enjoy the tips!!

Next trip...Hong Kong Disneyland....!





Tuesday, 16 July 2013

IJAS Conference 2012 :: American University of Rome ::


Tibalah masanya utk saya presentkan pilot study saya harini. Kat luar hujan. Sejuk sangat ditambah pulak dengan cuaca awal winter yg mencucuk cucuk dinginnya. Kalau ikut hati mmg nak sambung tido tapi Encik Shuami kata,'Presentlah sayang, jauh dah kita datang ni..." yelah...betul jugak kata dia...dah susah susah menulis dan buat research , masa tu perut memboyot lagi mak buyung...kenangan pilot study. Akhirnya aku berkata,'Oklah...jom kita pegi."

Slot saya tu waktu petang, di dewan utama. Orang dah tak ramai. Kawan2 senegara ramai yang dah ke Venice dan juga Florence. Ada yang pergi tengok Menara Condong Pisa. Haritu dalam kesejukkan saya membentangkan kertas kerja saya.

Soalan yang diajukan oleh audience lansung tak kena mengena dengan research saya. Seorang peserta dari mexico bertanya ttg GDP Malaysia. aduhai, saya bukannya ahli ekonomi. Hahahaa....

Selesai present kami berjalan jalan perlahan lahan menyusuri Trastevere dengan hati girang. Terlepas satu beban di kepala. Rupanya sejuk tadi ialah sejuk nak present. hahaha

Rome Day 1 ~ Fiumicino Airport


Bonjourno! It means hello...jika di paris kita ucapkan Bonjour...di Italy kita ucapkan Bonjourno...Dimana mana pun, hatta bila kita mula memasuki teksi, driver akan terus menyapa Bonjourno...dan kami pon selama 5 hari disini asyik ber Bonjourno ke hulu ke hilir...Takde lansung memberi salam kepada sesiapa melainkan bila memasuki apartment atau bertemu rakan rakan sesama Islam di Conference IJAS. 

Baiklah, ini cerita kami di Rome pada hari pertama. Pesawat yang kami naiki dari Amsterdam tadi adalah pesawat Italy juga...sengaja pilih menaiki pelbagai pesawat sebab nak merasa. Dari KL ke Amsterdam dah naik KLM, sebab makanannya halal...so sengaja naik Alitalia pula...konon konon sebab sekejap tak payah kisah pasal food. 

Bila dah berlepas, FA pun menghidangkan kudapan iaitu biskut tradisional Italy (dah lupa namnya), jus oren dan juga kacang Almond bersira. Di luar agak panas...sebab waktu di Malaysia adalah waktu tidur maka kami pon tidur. Bila snacks dihidangkan dalam mamai mamai, saya pun mulalah koyak plastik dan mamah biskut tu. tak teringat lansung nak periksa label ke apa. Jahil sungguh. Dah jadi tabiat sambil makan suka baca. Belek punya belek terus menjerit kecil pada Encik Shuami, 'Stop!'...

Muka dah pucat..".Sayang,jgn makan...ada wine..."

Aduhai...nasib baik tak sempat habiskan sepeket! Dan nasib baik kedua ialah biskut tu pon bukan sedap sgt. Sedap lagi kueh siput sira daun kari masa raya tu...hahaha

Tapi hatini mmg rasa bersalah. maklumlah...Encik Shuami tu imam saya...selalu juga jadi imam di surau dekat umah ni...Ermmmm...kata org setitik arak tu mampu menggelapkan hati..huhuhu...




Ni masa baru sampai di Fiumicino Airport. Toiletnya busuk tak macam Amsterdam yang sangat bersih. Tapi maybe kebetulan jer kot terkena toilet yg busuk harini? Ye ke? Hmmm...ikuti kisah seterusnya kalau nak tahu ttg tahap kebersihan di Rome..huhu


London Trip ~ Cara booking melalui Viator.com

London ! Hey ...kita dah sampai ni. So, selepas melalui security check bagai kami pon terus di sapa oleh wakil Hop On Hop Off yang sangat mesra dan berinformatif. Setiap seorang mendapat peta dan juga tiket bas. Peta tu sangat mudah, colour coded so kalau nak kemana mana pon takkan sesat. Cuma ditekankan beberapa kali,mesti balik ke St Pancras international sebelum pukul 7 malam. Kalau terlepas memang tido London ler nampaknya.

Macamana nak tempah pakej memalui Viator.com? Senang jer.
1.   Google and bila dah dapat page tu, pilih country.
2.   Lepas tu pilih region yang kita nak lawati.
3.   Seterusnya, pilih ikut harga yg menjadi bajet kita.
4.   Nak bayar pon senang, tenyeh jer kad kredit dan notification akan dihantar ke email kita.
5.   Print, sign dan bawa ke lokasi bila kita nak berjalan jalan tu nanti.

Tips :
Untuk saya, memang setiap kali jenjalan saya siapkan file kertas lembut tu utk bawa segala print out tickets. Dan print lebih yer. Lepas tu saya emailkan juga pada akaun email saya yang satu lagi sebagai back up di negara orang.

Mudah kan?



Jalan jalan ke London guna Hop On Hop Off via Viator.com

Guna Viator.com ni punyalah senang sebab sebagai independent traveller mcm kami takyah nak amik pakej mahal mahal. Boleh pilih ajer small packages yang bersesuaian dgn bajet. Nak beli pakej pon tak susah...semuanya online sahaja.

Baiklah...ini cerita kami di London yang ditempah melalui Viator.com


Hahhhhh....berkerut kerut muka Encik Shuami ku sebab kesejukan...terpaksa berlindung di dinding bus stop sbb anginnya sgt sejuk....bas pulak tak kunjung tiba...ada banyak company yang buat Hop On Hop Off Tour ni so kenalkah cam kan bas masing masing. Nanti tersalah loncat naik bas, terpaksa loncat terjun pulak balik...hehehe...tapi jangan risau, bila kita beli tiket online, wakil bas dah ready tunggu semasa kita keluar dari gate Eurostar. Macam VIP pulak rasanya sebab di greet and meet begitu. Hehehe...

Tu dia wakil yang memberi penerangan menyeluruh pada kami semua. Jangan risau sebab dia ada gadget yang dibawa bersama...alah gadget macam pemeriksa bill elektrik bawak tu. So, semua dia print kat situ jer. Tapi aduhai, kenapalah jacket dia mesti kaler MERAH jugak...huhuhu...

Wahhhh...mcm Little Red Riding Hood pulak yer...tapi taklah Little sgt pon...hahaha....breakfast apple jer...tapi memang cukup kenyang dah. Dalam beg ni pelbagai titbits ada. Rancangannya nak cuba makanan London ler harini...hahaha

"Sayang...sayang...jom kita duduk atas nak? Boleh kita tengok tengok lagi clear..."...hmmmmm tak sampai 10 minit kami pun turun sebab tak tahan sejuk sgt. Patutlah takde orang nak duduk atas. Hahaha...dari atas tu nampak lah Madam Tussaud yang mana orgnya beratur macam ular di palu...Aduhai...ramainya. Tapi dalam kepala takde niat nak ke Madam tussaud so, perjalanan diteruskan.

Haaaa! Tengok tu...punyalah ramai umat. Kami ambik gambar ni dari atas double decker. Lepas ni sambung cerita kat London lagi yer...baca tawwww : )

Amsterdam ~ A Surprise Trip (Part 1)

Masa beli tiket ke Rome, sengaja aja carik yg transit di Amsterdam, konon konon nak merasa landing sebentar di bumi Amsterdam. Rupa-rupanya, mengikut kata sahabat baikku Mazlina Husin, kita boleh ambik pakej untuk keluar dari airport dengan cara tunjukkan boarding pass kita. "Ko mesti keluar Zil,rugi kalau ko tak keluar tengok Amsterdam..." itulah nasihatnya.


Kami menaiki pesawat KLM sebab sengaja...hahaha...Husband size 4XL so kami pon ambik priority seat...harga seat tu ialah RM250 seorang x 2 orang = rm500 x pergi balik ialah RM1000 untuk harga upgrade seat yang luassssssssss...siap tergolek golek lagi sebab luas sgt...hahaha...so total tiket kami pergi balik adalah rm8800 untuk berdua iaitu meliputi :

KL - Amsterdam - Rome - Paris -Amsterdam - KL

Makan mmg macam hotellah...Husband tak suka dessert,maka Wifey lah yg menyental segalanya...hehehe...

Ahhhh...comelnya luggage ku...(perasannnnn!) hahaha...hanya yg berkonfident tinggi shj akan bawak beg gini kan...and guess what? That's Me...hikhik....


Mr Husband on the travellator as we landed at Schipol Airport...sgt luas...sgt bersih...masa tu suboh , so selesai hemat diri kami pon terus menuju ke kaunter yang akan bawak kami untuk tour Amsterdam. Harap-harap ianya buka...

Inilah syarikat tu. Kaunter kecik jer. Namanya Great Amsterdam Tour. sesiapa berminat boleh google yer. Pakej mengikut bajet. yang kami ambik ni ialah RM320 x 2 orang = RM640 . Berbaloilah kan. Takkan nak duduk jer dlm airport.Silap-silap lagi koyak poket sbb airport ni mmg bestttt sgt. Balik nanti nak shopping lagi. Sekarang jenjalan dululah ye.

Kami pelanggan pertama bila kaunter di buka. Niat hanya satu iaitu nak tengok windmill secara dekat. bila boarding pass dihulurkan maka pakej yg bersesuaian dengan time kami ialah round-round pekan dan juga nengok windmill. Tak sempat pegi river cruise...takpelah...asal dapat tengok windmill secara dekat...


Itulah kenderaan kami...kebetulan ada lagi 1 family pon register tour yg sama, bersama sama seorang Nyonya dari Penang...yesss!! Penang...ada jugak kawan dari Malaysia...dia dtg melawat anak dia...so dia travel solo jer...

Masa ni dah towards the end of autumn, so mmg sejuk. Husband dah berselubung dah tu. So, kemanakah destinasi kami? Tungguuuuuuuuuuuuu for my next post. Menarik taw : )

Eurostar Trip ~ From Paris to London

Dalam Itinerary kami memang lansung takde niat nak ke London. Masa di apartment di Rome, lepak lepak petang tu sambil browse trip di Viator.com, terjumpa a good deal...'Eh Sayang, kita pegi London nak lusa?"
Husband yg memang akan kata ok (confirm punya) nampak macam mamai mamai sebab tak faham sangat apalah yang dalam kepala Wifey dia ni. "Sayang...kita pegi London boleh?" sebenarnya memeng dah tahu jawapannya akan 'BOLEH' tapi sajalah nak buat isteri mithali skit...tanyalah pendapat ketua keluarga..."Ada duit ke?" tanya Husband..."Ermmmm...ada kot?" Perlahan ajer Wifey ni menjawab sedangkan dalam kepala berkira kira...ada duit ke aku nak ke London ni? huaaaaaaaaaaaa



 So, setelah dua jam menikmati pemandangan keindahan alam ciptaan Allah swt, kami pon tiba di St Pancras International yg selalunya nengok dalam berita TV3 jer...

Paris 2012 Kota Cinta

Paris!! Ah...dah sampai Europe mestilah nak ke kota cinta kan....selepas present paper di conference di Rome dan celebrate birthday hubby di Trastevere (makan Kebab jer...hahaha) kami pon mengangkut segala beg dan menuju ke airport. Dalam hati agak berdebar...macamana lah rupanya Paris yer...memang dah dirancang supaya kami sampai agak lewat di Paris sebab nak menghabiskan seharian di Rome dahulu...sebab belum ke Hard Rock...shopping sket...


Inilah interior hotel yg kami book melalui Booking.com tu...namanya Beaugrenelle Hotel... dekat sgt dengan Metro (subway) so senang nak bergerak ke mana mana...very efficient...janganlah risau kalau tersesat ke hapa...colour coded semuanya...tapi musyukkk...huhu





Sebelum keluar jenjalan amik gambar dulu kat balcony bilik...harga semalam pon agak berpatutan dalam rm250 duit kita tu...sama macam hotel kat malaysia jelah pon ratenya...dan jangan lupa berselendang Fareeda walaopun berada di negara orang...kihkihkih....sanggup mengangkut dalam luggage...nasib baik tak patah awning selendang precious ku itewww