Hi...kami bertolak malam tu di KLIA dengan menaiki Lufthansa...sebelum ni dah tanya sana-sini ttg Lufthansa...mcm2 komen diberi so kami pun try ler...tujuan utama adalah nak transit di Frankfurt...dulu naik KLM sebab nak transit di Amsterdam.
Paling untung jika kita ambil transit yg panjang adalah kita boleh pergi layover tour sbb negara2 Eropah ni membenarkan kita keluar dari airport.
Tiba di Frankfurt mmg pengalaman tak terduga sbb stroller kami dikebas oleh sekeluarga dari Asia Barat...geram sangat rasa hati sebab kami mmg confirm mereka tu Muslim. Selamba sungguh mereka 'sapu; stroller kami...sampai saya naik confuse...'Eh...kita bawak stroller merah tu ka? Sama dgn dia atau kita bawak stroller lain? ' . sebabnya baby Muhammad ada 7 stroller...
Inilah Dom Romer...sebab spring baru habis,cuaca agak sejuk kat sini. Kedai pun banyak yg belom bukak dan kami breakfast dengan bekalan yang hubby buat dari Malaysia iaitu burger. Hehehehe....sedap jugak makan burger Ramly kat Frankfurt ni...
Yang ni pulak di jambatan antara Old Town dan Dom Romer. Nama Frankfurt sendiri adalah Frankfurt Am Main atau maknanya Frankfurt by the River Main....baby Muhammad dah tertidor masa ni sebab kekenyangan dan kepenatan kejar burung merpati masa di Dom Romer...
baby Muhammad punyalah seronok mengejar merpati....cuaca plak sejuk masa tu...wahhhhh
No comments:
Post a Comment