Belanja gambar dulu sleeping, gambar anak ....sebab gambar sendiri takde dlm HP ni hehehehe
Kalau kita Google ttg Khanom, adalah sehelai dua review dari org Malaysia (as of Sept 2015 ya). Sebab saya nak promosikan utk lebih ramai mampu mengembara, saya mengambil inisiatif menulis kat blog ni walhal isyak pon lom solat lagi....muahaaahahaa tetiba
Kat Khanom kami tinggal di Ban Thanyanan, Nadan Beach. Tempat ke4 dah setelah bertukar tukar booking kat website, last2 yg in call sendiri. Takyah takut nak call. Tiga minit cakap dengan Thanyanan (owner) baru 43 sen. Sama je harga dengan karipap Sardinia sebijik...ni no dia. Takdelah saya dapat komisen atau apa, cuma nak memudahkan pembaca. Mana tahu dapat pahala kan tolong orang. Jangan korang baca post ni pastu pg buat maksiat sudahlah, tak pasal pasal dapat share nnt.Mintak jauhlah ye..
+0819288257 & +0805261226
Penginapan kat sini ada berjenis jenis.So kalau booking melalui Booking.com atau Agoda mmg terhad info yg kita dapat berbanding call sendiri. Misalan, kat website takde plak kata ttg dapur,ataupun pilihan jenis bilik adalah kurang berbanding call.
Kenapa ini yang ke4? Mula2 book Le Pes Villa sbb tertarik dengan Kafe nya. Pasru dia jauh dalam sawit,tukar ke Khanom Golden Beach. Eh. Bila call nak confirm ada plan bayaran lain yg tak timbul sebelum no.Korang mesti dah juih bibir skrg kan, apahal makcik in dah booking online pun nak call.Nasihat saya,call. Dah terkena masa guna Booking.com, booking dah confirm kat Pulau Kapas,nasib baik saja gatal nak call tanya ttg breakfast rupanya resort tu kata ' tempahan Puan dah dibatalkan sbb kami dah tak berurusan dgn Booking.com.Lagipun cuti sekolah kami jual pakej sahaja,tak boleh temoah bilik saja,mst ambik pakej makan dan snorkeling'..
Dan percayah pakej dia mmg tak munasabah bila dah kalikan dengan kami 5 beranak....hmmmm...Blok resort tu!!
Berbalik kepada Khanom , mmg bestlah sbb flight tak lama ke Surat Thani..sejam setengah dah sampai,belum habis air sebotol dah sibuk nak landing. Yang paling best bukanlah duration flight tapi harga tiketnya.Hahaha cakap terus terangkan senang. Pegi balik KUL-URT tak sampai RM90 pon. Takyah beli seat bagai until flight sekejap ni. Risau apa pun...bukan kena berdiri kalau tak beli seat. Kihkihkih
Nantilah sambung, penat menaip kat HP kecik...hahahaha
Tata
Ni saya belanja gambar kat Kafe Hello Kitty sekwpibg. Kami jalan kaki he Dari Ban Thanyanan